Mengenai Saya

Haji Mahfuz Omar ialah Ketua Penerangan PAS Pusat. Beliau boleh dihubungi melalui email, hajimahfuzomar@gmail.com

44 Comments »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

  1. salam,
    Tahniah YB…

  2. salam…YB, selamat berjuang dalam PRU12. ana doakan tuan haji beroleh kemenangan, InsyaAllah.

  3. cuba tuan selidik kenapa tnb tak buat udit dalaman keatas kewangan mereka dan kenapa hanya dipanggil udit luar untuk udit kewangan mereka untuk kewangan tahun ogos 2006 hingga ogos 2007

    dan kenapa ceo tnb dengan tergesa-gesa masukkan hampir 27 orang baru dari luar dengan gred e27 dan diletakan sebagai udit disemua bahagian dlm tnb

    pohon tuan tengokkan

  4. semuga kemenangan berpihak kepada tuan haji, shabas jugak kerana membuat PC diluar bangunan wisma darulaman pada hari khamis, walaupun tak dibenarkan masuk tapi ianya tetap berjalan seperti yang direncanakan, takbir.

  5. salam…
    saje nak bagi semngat jer…
    hopefully PAS akan menang….

    pakcik mahfuz mungkin x kenal saya tp saya kenal pakcik…pernah jumpa bbrp kali juga…
    saya anak kpd anak buah arwah tok tam…

    saya rajin pegi ceramah kat area shah alam.

    salam perjuangan….
    semoga ALLAH bersama kita semua…amin..

  6. 🙂

  7. Asslamualaikum,

    Saudara Hj Mahfuz Omar,
    Pertama sekali say ucapkan tahniah diatas kemengan saudara dlm PRU12 baru-baru ini.saya memang menyokong PAS sejak dari dulu lagi dan kejayaan kedah memerintah oleh PAS telah m,enguatkan lagi keyakinan kita kepada pentadbiran ISLAM yang sejak sekian lama ditekan. Harap saudara dapat perjuangkan kos sara hidup yang meningkat dan kenaikan harga minyak bila berada di parlimen kelak. Kerana kami yang tinggal di Kuala Lumpur begitu terhimpit meskipun bergajai besar. Bayangkan rakyat yang masih bergaji rendah bekerja di KL tetapi skrg menetap di Shah Alam yang dinaugi oleh PAS.Subhanallah seronoknya hidup di Selangor sekarang ini..

  8. ASSALAMUALAIKUM

    TAHNIAH

    ALLAHUAKBAR

  9. tahniah tn.hj diatas kemerlangan pimpinan saf dan j/kuasa parti pdl pru-12 saya doakan semoga terus cemerlang,gemilang n terbilang dlm mendominasikan kerajaan beramanah,adil dan bersih…takbir..salam uhkwah dari jb..

  10. Assalamu ‘Alaikum!
    AlhamduliLLAH dan tahniah atas kejayaan dalam pru12. Semoga kejayaan berterusan untuk semua.
    (Ahli PAS asli sejak 1960an)
    5.14am, 11 Mac 2008

  11. ASSALAMMUALAIKUM W.B.T SAYA HAZIZI BOLEH TAK TUAN HAJI BAGI NO TEL KAT SAYA?

  12. salam kemenangan…..
    tahniah kepada tuan haji mahfuz omar kerana berjaya merampas parlimen pokok sena….keputusan pru12 kali ini membuktikan kebijaksaan rakyat untuk memilin pemimpin….diharap kerajaan kedah yang berada di bawah tampuk pimpinan pas berjaya mengekalkan pemerintahan sepertimana kerajaan kelantan di bawah pimpinan tuan guru hj nik abdul aziz nik mat…tahniah sekali lagi…jumpa di email seterusnya….perjuangan kita dinaungi keberkatan alllah s.w.t

  13. tahniah yb atas kemenangan dari DPPKPP

  14. TAHNIAH DI ATAS KEMENANGAN…

  15. Desak kerajaan bentangkn akaun petronas di parlimen, ke mane duit2 berbillion pergi? Especially di terengganu yg kebanyakan bot2 nelayan dlm keadaan uzur! Takbir!

  16. assalamualaikum
    tahniah YB atas kemenangan yang manis. Tahniah dan terima kasih PAS atas kemenangan ini..takbir!!! salam dari kami di aoteroa new zealand

  17. Semoga lebih kreap turun padang bersama-sama rakyat tanpa mengira fahaman politik.

    Pemuda Cawangan Kg Belukar Telaga Mas

  18. http://yaakubhusin.blogdrive.com/

  19. السلامعليكم ورحمة الله
    Tahniah atas kemenangan YB Hj Mahfuz Omar pada PRU-12 baru-baru ini.
    dalam kita memegang amanh besar ini, saya berharap Tuan Ketua Penerangan meninggalkan atau terlepas pandang mengenai nasib saudara-saudara kita di Palestin. kita melihat seolah kurang dan hampir tiada demonstrasi dan penerangan mengenai isu-isu Palestin masakini. semoga generasi muda hari ini tidak mengabaikan saudara seaqidah kita di sana dan saya mengharapkan PAS adalah sebuah pertubuhan yang sangat sensitif mengenai isu ini. Takbir!!

  20. Assalamualaikum YB

    secara ringkas , saya cuma nak maklumkan semenjak 2 tahun yang lepas masalah kecurian kabel sering berlaku di kawasan pedalaman seperti kami, saya tinggal di kg pokok pauh , jalan kubur panjang ( YB pun pernah mengadakan ceramah di halaman rumah kami) .

    apa yang saya ingin beritahu ialah dulu bila ada kecurian pihak Tm net akan mengambil masa seminggu untuk pasang semula kabel yang telah dicuri selepas aduan dibuat, kemudian lama kelamaan bila masalah berlanjutan kami menubuhkan jawatnkuasa memantau keselamatan dan meronda setiap malam untuk mengelakkan kes kecurian berlaku.

    pada masa itu saya menggunakan talian internet DSL (streamyx) dirumah, apabila kabel di potong, secara tidak langsung saya boleh mengesan sesuatu berlaku apabila lampu modem tidak menyala (menandakan talian terganggu).

    dalam tempoh kurang dari 5 minit kami akan maklumkan kepada semua petugas yang ebrtugas untuk meronda kawasan2 yang di fikirkan sasaran pencuri kabel. adakalanya kami berjaya menangkap pencuri, adakalanya hanya kabel yang sempat di ambil semula, adakalanya tiada langsung. tetapi hasil kerja keras penduduk disini tidak di beri penghormatan oleh pihak TM Net. mereka seolah melepaskan tangan, tidak menerima sebarang cadangan, maklumat dan kerjasama yang kami sumbangkan. akhirnya petugas tidak mahu mengambil bahagian dalam misi ini. memandangkan sumbangan secawan kopi pun mereka tidak mahu bagi. apatah lagi datang meninjau petugas2 yang bertugas.talian kabel tidak dipasang selama setahun.. bingung

    sehingga lah pihak TM Net memasang kabel di dalam tanah, alhamdulillah masalah kecurian makin berkurangan, cuma sedikit kawasan yang terdedah dimana masih ada kabel di atas tiang , pencuri menjadi kan kawasan tersebut sebagai sasaran. sehinggalah kecurian terakhir berlaku pada hari raya haji yang lepas. itu pun selepas TM Net memasang talian yang baru saja berfungsi , dan berjaya bertahan selama 3 minggu sahaja, sehingga hari ini TM Net tidak datang memasang semula. kami ketinggalan banyak kemudahan. sudah ramai yang membatalkan langganan talian telefon tetap kerana lebih suka dengan talian telefon tangan (handset)

    banyak masalah yang timbul.. antaranya, kaum keluarga atau rakan jauh yang tidak mempunyai no lain selain no telefon rumah tidak dapat berhubung sekiranya berlaku kematian, kenduri dan perkara2 kecemasan.

    saya sebagai pengguna tetap talian internet dan menggunakan platform internet untuk punca pendapatan seperti menjual produk, berkongsi peluang dan pelbagai. terpaksa mencari kedai2 internet di pokok sena. sehinggalah suatu ketika saya sudah ras abosan dan letih, saya terpaksa berpindah ke rumah emrtua saya di Guar cempedak kerana talian disini baik dan tiada masalah,

    begitu juga rakan2 lain yang memerlukan bekalan internet untuk urusan masing2, mereka terpaksa berpindah ke rumah sewa semata2 untuk mendapatkan bekalan /talian internet.

    Sikap operator aduan TM Net bila menjawab panggilan dan cara mereka mengendalikan aduan yang kita buat juga membuatkan saya sakit hati. mereka nih tidak cuba memberikan jawapan yang tepat, sentiasa ulang dialog yang sama.

    Ini coretan saya secara ringkas, mohon pihak YB ketengah kan perkara ini. boleh semak aduan yang saya buat, rasanya beratus2 aduan saya buat diatas nama saya kepada TM Net (FIRDAUS ABD RAHMAN 04-7846343)

    akhir sekali, saya pun rasa terlalu lama saya menumpang di rumah mertua, tapi apakan daya saya. kerja saya berkaitan dengan IT memerlukan talian internet 24 jam. musim pilihanraya yang lalu, penduduk kampung saya kekurangan bahan. mereka tidak didedahkan dengan sumber maklumat yang terkini.

    Sekian dari saya

    Wassalam

    FIRDAUS
    013-4563435

  21. Terlebih dahulu diucapkan tahniah diatas kejayaan dalam PRU ke12.Sukacita kiranya jika pihak tuan dapat mengemukakan persoalan mengenai skim PLKN. Pada dasarnya skim ini bagus tetapi saya merasakan skim ini tidak perlu melibatkan peserta yang begitu ramai.Cuba bayangkan kalau kos seorang peserta PLKN dianggarkan kira-kira RM3,000 seorang untuk satu program dengan bilangan peserta yang dianggarkan lebih kurang 80,000. Kos yang terlibat dianggarkan RM240,000,000. Alangkah bagusnya sekiranya skop peserta PLKN dikurangkan dan lebihan wang digunakan pada tempat yang lebih bermanafaat, Ini cuma pandangan saya yang telah memangkah tuan di parlimen Pokok Sena dlm pilihanraya baru2 ini. Terima kasih

  22. Assalamualaikum YB. Tahniah di atas kejayaan YB dan parti PAS dan PAKATAN RAKYAT..Helmi Jitra

  23. Tahniah. Selamat ber-blog YB

  24. YB Tn Hj Mahfuz,
    Assalammualaikum WBT.

    Pertamanya saya ucapkan Alhamdulillah dan tahniah atas kejayaan YB menjadi Ahli Parlimen Pokok Sena. Sebagai Ketua Penerangan Pas Pusat, saya harap YB akan sentiasa kedepan dalam memberikan komen pantas atas sebarang isu. Jangan macam orang ketinggalan keretapi. Isu dah sejuk baru nak beri komen. Saya melihat sekarang ini ramai pelajar Islam kita dari golongan bawah dan pertengahan yang minat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan tetapi tidak mampu kerana sponsorship dari Kerajaan amatlah terhad. Apa kata PAS atau Pakatan Rakyat (PR) menubuhkan suatu badan (agensi) yg dapat mengusahakan tempat belajar di luar negara dan mencarikan sponsorship. Bidang perubatan adalah suatu bidang yg mulia dan mampu memberikan imbohan ekonomi yg lumayan. Ini boleh jadi sebagai suatu khidmat kpd pelajar-pelajar kita, dan tak payah lagilah mereka hanya bergantung kpd JPA atau MARA.

    Sekian,terimakasih & Wassalam

  25. TAHNIAH,Pada saya kembalinya YB ke Parlimen,ibarat Belut pulang ke Lumpur,Kan begitu?,.

    Cuma terkilan Abang Mat Sabu x ikut sama.

    Klu tidak ibarat Pinang masak di belah dua.

    Selamat menjalankan Tugas.

  26. YB, sekarang adalah masa untuk kita berjuang, dan menunaikan tanggungjawab sebagai yang berkhidmat, dan kita mesti pastikan semua rakyat mendapat manfaat dari kerajaan baru (Kerajaan Negeri Kedah dibawah kepimpinan PR). Jangan tiru kerajaan Be end, Kerajaan Barisan Nasional?. sepatutnya kerajaan Negeri Kedah

  27. GAJI DAN GANJARAN PEKERJA

    ISU MTUC DAN PERKESO
    APA PERBEZAAN YANG DILAUNGKAN?

    KENAPA PERLU ADA GAJI MINIMA

    KEWAJARAN KUASA MEMBELI ATAU JUMLAH GAJI

    PERKESO
    Ditubuhkan untuk membantu pekerja membiayai kos perubatan dan kos sarahidup akibat kemalangan dan penyakit akibat kehilangan hari bekerja. PERKESO juga melindungi ahli keluarga yang kehilangan sumber kewangan akibat bapa, suami, ibu, isteri dan anak mereka kehilangan sumber pendapatan akibat kemalangan dan penyakit da juga kematian akibat perkara di atas.

    APA PERANAN PERKESO
    Peranan PERKESO adalah memastikan pencarum mendapat perlindungan dan bantuan sewajarnya mengikut semua skim bantuan mengikut Akta PERKESO

    APA PERKESO SEDIA LAKUKAN
    PERKESO akan membantu dalam bentuk
    • Pembayaran gantirugi gaji
    • Gantirugi kos perubatan
    • Kos rawatan dan pemulihan
    • Kos persekolahan tanggungan ahli
    • Kos pengajian tinggi tanggungan ahli
    • Bayaran pencen ilat kekal

    Kerajaan perlu juga meminda skim PERKESO yang perlu melibatkan kakitangan awam yang telahpun menjadi pencarum PERKESO. Skim caruman ini perlu diteruskan dan tidak dihentikan semata-mata kerana mereka pekerja awam.

    SKIM KESIHATAN UNTUK PEKERJA
    Tiada skim kesihatan tertentu yang dibangunkan oleh kerajaan KECUALI perkhidmatan percuma oleh Kementerian Kesihatan dan juga skim PERKESO

    SKIM KESIHATAN UNTUK TANGGUNGAN PEKERJA
    Kerajaan perlu mewajibkan skim insuran untuk semua pekerja yang mencarum dalam PERKESO
    Skim kesihatan ini wajib digabungkan dalam pelbagai skim takaful dan juga skim kesihatan pekerja

    Kerajaan juga perlu mewajibkan skim penalti kepada pekerja dan pencarum PERKESO yang TIDAK MENJAGA KESIHATAN DIRI MEREKA.
    Ini termasuk dalam kategori seperti berikut:
    • Mereka yang gagal pemeriksaan perubatan
    • Mereka yag mempunyai gaya hidup bahaya
    o Penghisap rokok
    o Mengambil dadah
    o Mengambil alcohol sebagai minuman
    o Mereka yang melakukan seks rambang
    o Mereka yang pernah disabitkan mana-mana kesalahan di atas
    o Mereka yang pernah disabitkan dalam kemalangan jalanraya


    PERKESO perlu menjadikan pemeriksaan perubatan berkala sebagai syarat pelaksanaan pembayaran skim bantuan dan skim pencen.

    KOS SARA HIDUP

    KOS KEHIDUPAN SEHARIAN

    KOS MAKAN
    KOS PENGINAPAN
    KOS PENGANGKUTAN
    KOS KEPERLUAN INDIVIDU
    KOS KESIHATAN
    KOS REKREASI
    • BUJANG
    • BERKAHWIN
    • MEMPUNYAI ANAK
    o ANAK KECIL
    o ANAK BERSEKOLAH
    o ANAK DI IPT

    BAGAIMANA KERAJAAN BOLEH MEMBANTU PEKERJA
    LEMBAH KELANG DAN KAWASAN KOS TINGGI
    • REBAT PENGANGKUTAN AWAM
    • REBAT TAMBANG BAS SEKOLAH
    • MENGHENTIKAN SKIM BUKU TEKS PERCUMA DAN DIGANTI DENGAN SKIM BUKU LATIHAN PERCUMA KEPADA YANG BERPENDAPATAN RENDAH
    • MEMBERI REBAT KEPADA SYARIKAT YANG MENYEDIAKAN KEMUDAHAN MAKANAN DENGAN SUBSIDI
    • MEMBERI REBAT KEPADA SYARIKAT YANG MENYEDIAKAN KEMUDAHAN PENGANGKUTAN KEPADA PEKERJA
    • MENDENDA SYARIKAT YANG MENYEDIAKAN KERETA DAN PEMANDU DENGAN EKSAIS KEPADA PENGURUSAN TERTINGGI SYARIKAT TERMASUK CEO, LEMBAGA PENGARAH, EKSPATRIAT
    • MEMBERI REBAT KEPADA SYARIKAT YANG BERKONGSI MENYEDIAKAN KEMUDAHAN NURSERI DAN TADIKA UNTUK ANAK PEKERJA
    • MEMBERI REBAT KEPADA SYARIKAT YANG MENYEDIAKAN KEMUDAHAN RIADAH BERHAMPIRAN PREMIS KERJA
    • MENGENAKAN EKSAIS KEPADA SYARIKAT YANG MEMBERI INSENTIF KELAB KEPADA PENGURUSAN, PENAGRAH DAN PEMEGANG SAHAM SYARIKAT TETAPI TIADA KEMUDAHAN YANG SAMA KEPADA PEKERJA LAIN
    • MEMBERI REBAT KEPADA SYARIKAT YANG BERKONGSI KLINIK KESIHATAN DAN SENTIASA MEMANTAU TAHAP KESIHATAN PEKERJA
    • MEWAJIBKAN SEMUA SYARIKAT MEMBERI MAKLUMAT TAHAP KESIHATAN PEKERJA SECARA BERKALA
    • MEWAJIBKAN SEMUA SYARIKAT MEWARTAKAN SETIAP TAHUN JUMLAH PEKERJA ASING MEREKA DALAM AKHBAR DAN SENARAI TEMPOH PEKERJA ASING BERKHIDMAT DAN KELULUSAN SERTA GAJI MEREKA PERLU DILAPORKAN KEPADA PEJABAT TENAGA RAKYAT

    PERSEDIAAN UNTUK BERSARA
    ADAKAH PEKERJA KITA SUDAH BERSEDIA UNTUK BERSARA?
    JUMLAH CARUMAN SEBULAN YANG DIPERLUKAN SEBELUM BERSARA

    JENIS PERSEDIAAN KEWANGAN
    KWSP
    PERKESO
    INSURAN NYAWA
    INSURAN KESIHATAN

    PEKERJAAN SELEPAS PERSARAAN
    KENAPA PERLU BEKERJA SELEPAS USIA PERSARAAN
    APA JENIS PEKERJAAN YANG SESUAI

    APAKAH SESUAI PESARA MENGGANTI PEKERJA ASING DALAM MEMASTIKAN TAHAP KEBERSIHAN DI SEMUA PEJABAT DAN PUSAT MEMBELI BELAH
    BAGAIMANA MEMASTIKAN GOLONGAN II BOLEH BERKHIDMAT DALAM SEKTOR INI?
    KELEBIHAN PESARA BERBANDING PEKERJA ASING
    • TIADA KEPERLUAN KOS YANG TINGGI UNTUKVISA DAN LAIN-LAIN
    • SIKAP MEREKA TENTANG KEBERSIHAN
    • MENGURANGKAN ALIRAN WANG KELUAR NEGARA

    SKIM PERSARAAN DI MALAYSIA
    MENGGALAKKAN SEMUA GLC DAN MNC MENGADAKAN SEKIM PERSARAAN YANG DIKEMBANGKAN DARI SKIM KWSP DAN PERKESO

    SKIM PENCEN
    TIADA SKIM PENCEN KECUALI KAKITANGAN KERAJAAN BUAT MASA INI
    PERLU MEWAJIBKAN GLC TERUTAMA INDUSTRI PEMBUATAN DAN SYARIKAT BERKAITAN PETROLEUM ASING MENGADAKAN SKIM PENCEN KEPADA PEKERJA WARGA MALAYSIA SAHAJA
    MEWAJIBKAN SEMUA SYARIKAT PERLADANGAN MENGADAKAN SKIM PENCEN SEKURANG-KURANG UNTUK 15 TAHUN PERKHIDMTAN SEBAGAI SATU PENGIKTIRAFAN TERHADAP SUMBANGAN MEREKA DALAM PERTANIAN NEGARA

  28. assalamualaikum YB….Saya mewakili Pemuda Pas Pontian ingin menjemput YB menyampaikan ceramah umun di kawasan P.PONTIAN,JOHOR.Diharap YB boleh menetapkan masa dan hari nye…Kami yang mengharap YB turun mengempur kawasan kami..

    saiful amri
    013-7501589

  29. Assalamualaikum.

    Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada YB Ustat Mahfuz diatas kemenangan di kawasan Parlimen Pokok Sena. Saya seorang kakitangan awam yang berkerja di Putrajaya dan sering pulang ke kampung(Pokok Sena) untuk melawat ibubapa saya ingin menggutarakan pandangan agar PAS/ADUN Pokok Sena dapat menghidup/mengadakan beberapa aktiviti yang dapat menonjolkan wakil rakyat agar lebih terasa dekat dan sering “jengok” kawasan. Saya adalah ahli UMNO yang mengundi YB Ustat pada pilihan raya umum baru ini sekadar memberi pendapat kerana melalui pengalaman saya melihat YB lepas yang mengabaikan dan gagal “mengjengok” kawasan tatkala amat diperlukan atau sekadar “datang” bila hampir pilihan raya saja. UMNO sudah kehilangan arah tuju “perjuangan” dan alternatif orang muda seperti saya ialah PAS yang amat jelas “perjuangan” nya diketika ini. Antara contoh aktiviti ialah menghidupkan kembali seni bela diri silat, majlis gotong royong kawasan(gilir setiap kawasan/kampung), peertandingan seperti pantun, syair, debat antara sekolah(secara tak lansung ibubapa hadir dapat bertemu YB Ustat) dan aktiviti2 lain(harap tak mencontohi YB yang lepas dengan hanya mengadakan perlawanan bola sepak yang penganjur banyak lesapkan duit). Saya memberi pandangan ini atas dasar saya “kurang” atau hampir tak pernah melihat YB/DUN dikawasan saya serta berharap kesinambungan pemerintahan sekarang dapat dikekalkan untuk pilihan akan adatang.

    STK

  30. tuan haji teruskan dan gegarkan parlimen demi keadilan

  31. Salam…
    Terima kasih Dato’, saya salah seorang ahli Pas..saya nak tanya..skrg ni kita dah ada penyokong pas di kalangan orang cina dan juga india,apakah jaminan kita terhadap mereka? yang kedua kenapa kita tidak menyebarkan borang keahlian melalui lawan web dan sebagainya untuk menarik ramai orang islam menyertai pas, bukan mereka tidak mahu tapi segelintir mereka tak tahu untuk mendapatkankan borang tersebut. Saya memohon daripada agar adakan memberikan penerangan kepada golongan muda, saya bimbng jika golongn muda dibiarkan akan mnyebabkan mereka beralih arah..apa yg saya liht pada plhnraya ke 12 tmph hari ADUN yg kita mnang disebabkan oleh saluran 3 yg turun padang.Buat sesesuatu untk tarik minat pemuda…

  32. saya nak jemput YB dan Menteri besar kita (YB ustz Azizan Razak) datang kenduri kawin di rumah saya. pengantin(Juliwati Khairani & pasangan(rizal) …1 JUN 2008, saya nak memperkenal menteri besar kita warga kampung di sini…Kg Nongka, mukim Hosba, 06000 jitra kedah…mai la nooo..

  33. A’kum.. saya hendak bertanya kenapa ramai ahli-ahli PAS yang fanatik terhadap pemimpinnya? Seolah-olah pemimpin mereka adalah yang terbaik.. Padahal diluar sana ramai NGO2 yang bukan merupakan PARTI politik tapi bergiat cergas. Apa pula hujah yang PAS bekerjasama dengan PARTI PKR dan DAP? Di dalam Akhbar Harakah kerapkali menyatakan bahawa Kelantan adalah model negeri yang terbaik untuk diikuti oleh negeri Malaysia.. Dari segi apa yang yang baik..

  34. pemimpin pas seharusnya lebih rajin menulis dalam blog mereka. sibuk memang sibuk. saya cadangkan pemimpin pas ada setiausaha masing2. maklumat dlm blog mesti sentiasa dikemas kini. rakyat memerhati. rakyat perlu maklumat alternatif. kita mahu pru13 akan kekal cemerlang.

  35. Di sini saya ada banyak perkara hendak di utarakan tetapi masa yg tidak mengizinkan, mungkin saya akan menghantar email kepada saudara nanti. Di harapkan agar saudara dapat menjalankan tugas sebagai ahli parlimen dengan sebaik2nya. Ingatlah, menjadi ahli parlimen bukannya sebagai hadiah tetapi amanah yang mesti ditunaikan. Sekian.

  36. Assalamu’alaikum…

    untuk perhatian pihak tuan…moga dapat dipanjangkan pada pihak yang berkenaan(protes & geramm)

    http://perisikrakyat.blogspot.com/2008/06/cadangan-bodoh-rally-10-juta.html

  37. Jibrail: Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.
    “Nabi s. a. w. bertanya: “Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?”

    Jawabnya: “Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya,
    dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.”
    (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

    Tanya Rasulullah s. a. w.: “Siapakah penduduk masing-masing pintu?”
    Jawab Jibrail:

    “Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa
    a. s. serta keluarga Fir’aun sedang namanya Al-Hawiyah.
    Nota kefahaman: Munafiq
    Munāfiq atau Munafik (kata benda, dari bahasa Arab: منافق, plural munāfiqūn) adalah terminologi dalam Islam untuk merujuk pada mereka yang berpura-pura mengikuti ajaran agama namun sebenarnya tidak mengakuinya dalam hatinya.
    Terminologi munafik dalam Al Qur’an
    Dalam Al Qur’an terminologi ini merujuk pada mereka yang tidak beriman namun berpura-pura beriman.
    QS (63:1-3) (1)Apabila orang-orang munafik datang kepadamu, mereka berkata: “Kami mengakui, bahwa sesungguhnya kamu benar-benar Rasul Allah”. Dan Allah mengetahui bahwa sesungguhnya kamu benar-benar Rasul-Nya; dan Allah mengetahui bahwa sesungguhnya orang-orang munafik itu benar-benar orang pendusta.(2)Mereka itu menjadikan sumpah mereka sebagai perisai, lalu mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah. Sesungguhnya amat buruklah apa yang telah mereka kerjakan.(3)Yang demikian itu adalah karena bahwa sesungguhnya mereka telah beriman, kemudian menjadi kafir (lagi) lalu hati mereka dikunci mati; karena itu mereka tidak dapat mengerti.
    Ciri-ciri orang munafik
    Berdasarkan hadits, Nabi Muhammad SAW mengatakan :”Tanda orang-orang munafik itu ada tiga keadaan. Pertama, apabila berkata-kata ia berdusta. Kedua, apabila berjanji ia mengingkari. Ketiga, apabila diberikan amanah (kepercayaan) ia mengkhianatinya” (HR. Bukhari dan Muslim).

    Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,

    pintu ketiga tempat orang shobi’in bernama Saqar.

    pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,

    pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.

    Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa’eir.”

    Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s. a. w. sehingga ditanya:
    “Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?” Jawabnya: “Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum
    sempat bertaubat.”

    Mahfuz Omar suami isteri pemfitnah dan pengumpat
    Rupanya ada lagi antara kita yang menaburkan fitnah. Kita ini orang Islam, kuat beramal dan beribadat kerana inginkan pahala dan takutkan dosa. Tetapi ada juga yang tidak endahkan tentang betapa besarnya dosa menyebar fitnah. Cubalah halusi Firman-Firman Allah dan hadith-hadith di bawah ini mengenai dosa memfitnah orang. Semoga mendapat pengajaran:-
    Fitnah

    An-Nur : 19″Orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang keji itu tersiar dikalangan orang-orang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan akhirat. Allah mengetahuinya, sedang kamu tidak mengetahui.”

    Fitnah

    Al-Isra’a : 36″Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta bertanggung jawabnya tentangnya.”

    Fitnah

    Al-Baqarah : 191″Dan fitnah itu lebih besar bahayanya dari pembunuhan”

    Fitnah

    An-Nur : 23-24Mereka yang memfitnah perempuan suci, celakalah di dunia dan akhirat; bagi mereka hukuman yang dahsyat dihari pengadilan; lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi diatas perbuatan mereka.
    Al-Buruj : 10Orang yang memfitnah orang mukmim, kemudian tidak bertaubat, bagi mereka azab jahanam dan neraka yang membakar.

    Khutbah Rasul Allah di Mekah23 / 2 / 632″Menyebut 15 aspek sosial. Satunya : Jangan Memfitnah.”

    Dari Imam Ghazali”Mengumpat itu dosanya sama dengan berzina 30 kali.”

    Dari Imam Al-Mawardi”Orang yang biasa mengumpat, isi batinnya kotor”Dari R. Muslim”Seseorang yang menutup cela seseorang yang lain didunia, akan ditutupi celanya oleh Allah pada hari kiamat.”

    Daripada Abu Huraira, Termidzi:”Sesiapa yang duduk didalam perhimpunan yang tidak baik hendaklah membaca doa (memuji Allah dan meminta ampun darinya) sebelum berundur diri”

    Daripada Al-Nabari:”Barangsiapa yang beriman kepada Allah S.W.T dan Hari Akhirat maka hendaklah ia mengucapkan perkara-perkara yang baik atau diam”

    Daripada Al-Nabari:”Wahai Rasul Allah S.A.W, manakah orang Islam yang paling baik? Rasul Allah S.A.W menjawab : Ialah yang mana orang Islam lain terselamat dari gangguan lidah dan tangannya”

    Cakap benar

    Pepatah arab:”Wa ma a’layna illal balagh”—->>>Tiada beban bagi kita melain untuk bercakap benar.

    Ihsan

    Al- Maidah : 1Wahai orang-orang yang beriman, sempurnakanlah janjimu.

    Pembohong

    Al-Imran:Akhirnya kami jadikan laknat Allah atas orang-orang pembohong.

    As-Shaf : 2-3Hai orang beriman, mengapa engkau ucapkan apa yang tidak engkau lakukan? Besar dosanya disisi Allah jika engkau mengucapkan apa-apa tetapi tidak engkau lakukan..

  38. tahniah dan syabas di atas persembahan hujah dan perdebatan yang sungguh ‘power’..di dalam rancangan Hujah@TV9 baru-baru ini.
    teruskan usaha demi penubuhan kerajaan persekutuan Pakatan Rakyat secepat mungkin… Takbir….Allahhuakbar..

  39. Assalamualaikum,

    YB saya ingin membangkitkan satu perkara yang dah lama saya tertanya-tanya iaitu di dalam satu ceramah yang diberi oleh YB Abdul Hadi dimana orang-orang UMNO adalah kafir kerana bekerjasama dgn MCA dan MIC (ini adalah realiti bukan rekaan),jadi adalah orang-orang PAS sekarang juga kafir kerana bekerjasama dengan DAP dan PKR??

    Ini yang menyebabkan saya tidak menjadi ahli mana-mana parti.

    YB boleh terus email kepada saya di ketam761@yahoo.com

    Dengan nama Allah jawab lah dengan jujur

    wassalam.

  40. A

  41. Assalammualaikum YB Mahfuz,

    Tahniah.

    sy basir, born titi gajah, la kpg kelubi. kecik2 dulu memang suka dengar ceramah YB & Bang Mat Sabu.

    Betui kerr ? YB tak sefahaman dng YB Tokai. Sy takut depa dok tulis tu, reka2 shj. ???

    Salam hormat. TQ.

    Ambo tak Missed Undi PAS d P006 & N.06 sejak dulu lagi.

  42. Assalamualaikum..

    Tuan Hj.

    Dalam wawancara TV9 ‘Hujah’ antara Tn Hj. dengan YB Sri Gading berkenaan dengan tajuk harga minyak baru baru ini telah membuktikan bahawa YB Sri Gading banyak mengapu UMNO sebenarnya daripada berfakta. Syabas diucapkan kerana Tn Hj. dapat membuka mata penyokong UMNO yang menyaksikan wawancara tersebut.

    Wassalam..

  43. Assalamualaiukum YB,tahniah, YB lah pejuang Rakyat, semoga Allah S.W.T memberi petunjuk dan hidayah untuk terus berjuang. Wassalam

  44. Assalamualaikum,

    Saya amat mengagumi tuan. Jadi bolehkah saya tahu serba sedikit latar belakang pendidikan tuan.

    Moga Allah S.W.T. memberkati dan mempermudahkan perjuangan tuan.

    Sekian, terima kasih.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: