Perbicaraan kes bunuh Altantuya ganjil – Mahfuz

July 17, 2007 at 4:45 am | Posted in Altantuya, Kenyataan akhbar | 12 Comments

Perbicaraan pembunuhan peniaga antarabangsa yang berpejabat di Hong Kong, Altantuya Shaariibuu menimbulkan persoalan yang tidak berkesudahan dengan pelbagai keganjilan dan misteri, kata Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar.

“Paling menimbulkan persoalan ialah kegagalan pihak pendakwaan untuk mendapatkan saksi yang boleh membantu pendakwaan.

“Setakat ini, saksi-saksi pendakwa termasuk penyiasat persendirian upahan Abdul Razak Abdullah Baginda P. Balasubramaniam, Lans Koperal Rohaniza Roslan dan pegawai latihan di Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman DSP M.V. Sri Kumar tidak menunjukkan pihak pendakwa dapat mengukuhkan kesnya,” kata beliau.

Sedangkan, katanya, pihak pendakwa sebelum ini beria-ia menyatakan bahawa mereka mempunyai bukti bahawa dua anggota polis dan penganalisis politik Abdul Razak Abdullah Baginda telah membuat pakatan dan perancangan untuk membunuh peniaga antarabangsa itu dengan meletupkannya pada malam 19 Oktober tahun lepas.

“Hari demi hari bukti yang didakwa oleh pihak pendakwa itu kelihatan semakin jauh dari menjadi kenyataan,” kata Mahfuz.

Malah, katanya, saksi pendakwa sendiri pula yang kelihatan mengecewakan pihak pendakwaan sehingga pihak pendakwa terpaksa membuat laporan polis ke atas Rohaniza yang dianggap memberikan kenyataan yang bercanggah.

“Pihak pendakwa menyatakan mereka mempunyai bukti bahawa anggota polis dan Abdul Razak telah membuat pakatan dan perancangan untuk membunuh Altantuya dengan meletupkan wanita yang didakwa menjadi broker senjata di peringkat antarabangsa itu.

“Sri Kumar pula memberitahu mahkamah bahawa Cif Inspektor Azilah Hadri, tertuduh pertama dalam kes pembunuhan Altantuya tidak pernah menjalani latihan kepakaran bahan letupan. Keterangan Sri Kumar jelas melemahkan dakwaan pihak pendakwa sebelum ini,” katanya.

Mahfuz membangkitkan perkara tersebut kerana beliau tidak mahu mempercayai “wujud konsert yang sudah ditentukan skrip dan kesudahannya”. (Harakahdaily,  13/7/07)

 

12 Comments »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

  1. mana perginye rustam a sani?
    lama x dgr brita

  2. Salam YB , merupakan satu penghinaan cemar maruah agama jika ummah malaysia membiarkan pasukan bolasepak Chelsea israel pijak di bumi Ibunda bertuah ini sekali lagi .YB tentu masih ingat kita sama2 berdemo pada tahun 1997 apabila pasukan criket israel datang di m’sia !Masjid ArRahman UM di kotori oleh anjing FRU untuk tangkap pelajar2 IPTA yang SEDANG SOLAT ! Pastikan kali kita akan demo raksasa terhadap israel yang kian hari lebih ganas ! Hancur hancur hancur israel !

  3. If Dato Seri Anwar Ibrahim became the 6th Malaysian PM, who should be his deputy ?

    Vote now at sonofpenang.blogspot.com

  4. saya tak tahu tentang hal ini.tapi saya nak mencelah sikit

    tapi saya minta YB tolong tanya kat parlimen

    ada cadangan naik taraf sekolah agama rakyat

    SABK seperti MAKTAB MAHMUD dijadikan sekolah berasrama penuh tanpa mengubah struktur ko kurikulumnya

  5. Assalamualaikum,

    Saudara tolonglah jgn di utamakan nak komen benda yang tak berfaedah lagi macam kes ini, cuba saudara tekankan macam mana nak tingkatkan ekonomi orang islam. Sedarkah saudara bahawa org islam sekarang tersepit dalam ekonomi yg semakin global ini? Sedarkah bahawa kebanyakkan kritikan kepada kerajaan dilemparkan bertubi-tubi tetapi saya masih tidak dapat mencari penyelesaian dari kerajaan PAS dan dari saudara sendiri sedangkan saya amat mengharapkan daripada saudara yang bijak bersuara. Saya harap saudara dapat membangitkan sarana yang positif di dalam parlimen,jgn terlalu berfikiran negatif menghentam kerajaan BN sangat cuma buktikan sesuatu yang positif maka rakyat dapat melihat kesungguhan PAS dalam membantu rakyat jelata khasnya org ISLAM.

    wasslam

  6. Assalamualaikum,

    MUAR, 25 Mei (Hrkh) – PAS Johor merasa amat dukacita dan kesal di atas kegagalan Kerajaan Malaysia mempertahankan kedaulatan Pulau Batu Puteh sehingga pulau berkenaan terlepas ke Singapura.

    “Insiden malang yang sangat mengaibkan seluruh rakyat negara ini tidak mungkin akan berlaku sekiranya Menteri Luar sebelum ini iaitu, Tan Sri Syed Hamid Albar, benar-benar komited dalam menangani isu ini.

    “Keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memberikan Pulau Batu Puteh ini kepada Singapura membuktikan betapa tidak bersungguhnya menteri ini menjalankan tugasnya sebagai menteri luar, kata Pesuruhjaya PAS Johor, Dato’ Dr Mahfodz Muhamad, di sini.

    Sebelum menunding jari kepada orang…
    Kenapa peguam PAS,PKR dan DAP yang paling bijak dalam perundangan tidak menawarkan diri untuk membantu dalam kes BATU PUTIH? Jangan berbohong kalau beritahu kamu ada menawarkan khidmat untuk berkerjasama ALLAH murka.Kalau tak tahu apa-apa jangan buka mulut kerana akan menimbulkan fitnah. Jangan semata-mata politik kamu memperdagangkan maruah islam.

    Saya syorkan siapa yang buat statement ini bertaubat.

    dari muslimin hamba allah yamh kerdil lagi hina.

    wassalam

  7. Memang susah mahfuz, nak buat lagu mana ni. kalau gitu apa kesudahannya

  8. Assalamualaikum Hj,

    Saya perlukan komen Hj berkenaan artikel di bawah.Harap Hj dapat emailkan komen saya di Ketam761@yahoo.com. berkenaan apakah peranan PAS dalam hal ini dan kenapa tidak ada Pemimpin PAS yang tampilkan diri mempertahankan AGAMA SUCI ISLAM ini?? dan kenapa PAS masih sanggup bersekongkol dengan parti yang jelas tidak menghormati ASAS AJARAN SUCI ISLAM dan UNDANG-UNDANGNYA??

    Semoga ALLAH selamatkan kita daripada orang yang buta hati.

    wassalam
    ———————————–
    Bagai “api dalam sekam ” antara tuntutan IFC dan Gereja Katolik

    Sepertimana yang kita tahu antara tuntutan IFC ( Interfaith Commission ) iaitu satu gerakan anti-Islam yang di dalangi oleh beberapa pemimpin dalam Pakatan Rakyat antaranya adalah Sivarasa a/l Rasiah ( Naib Presiden PKR ), Tian Chua ( Ketua Penerangan PKR ), Ronnie Liu ( Setiausaha Hal Ehwal Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan DAP Pusat ), Elizabert Wong Keat Peng ( Ketua Penerangan Wanita PKR ) dan juga NGO-NGO yang lain. Antara lain tuntutan-tuntutan IFC adalah :

    • Anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam. • Orang bukan Islam yang memeluk agama Islam hendaklah diberi kebebasan keluar dari Islam tanpa dikenakan tindakan undang-undang. • Kes orang Islam yang keluar dari agamanya hendaklah dikendalikan oleh mahkamah sivil. • Perkataan ”Islam” tidak perlu dicatatkan dalam mykad seorang Muslim. • Orang bukan Islam tak perlu peluk Islam sekiranya berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam pula dibenarkan murtad jika ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh diambil tindakan undang-undang. • Suami isteri yang memeluk Islam tidak berhak diberi Hak Penjagaan Anak. • Orang yang bukan Islam berhak menuntut harta pusaka ahli keluarganya yang telah mati dalam Islam. • Kerajaan mesti menyiapkan dana yang cukup untuk membina dan menyelenggara rumah ibadat orang bukan Islam serupa untuk orang Islam. • Orang bukan Islam tidak boleh dilarang dari menggunakan perkaaan-perkataan suci Islam. • Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Indonesia dibenarkan pengedarannya kepada umum secara terbuka.

    Gerakan anti-Islam telah berjaya menyusup masuk merosakkan parti PAS dan PKR. Perhimpunan 10 November 2007 tahun lalu ( perhimpunan BERSIH ) jelas didalangi oleh IFC ( INTERFAITH COMMISSION ) .

    1. ) IFC Dulu dikenali sebagai Inter Religious Council (IRC). Mereka menuntut supaya ia dijadikan sebuah badan berkanun yang ada KUASA mengubah ajaran sesetengah agama (baca: agama Islam) jika didesak oleh agama lain.

    2. ) Ia mirip sebuah mahkamah dan SUHAKAM yang melayan segala aduan dan keputusannya adalah muktamad.

    3. ) Penganjur penubuhannya ialah Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism dan Sikhism melalui memorandum kepada Majlis Peguam pada 21 Ogos 2001 di bawah pimpinan V Harcharan Singh.

    4. ) Pada 8 Disember telah diadakan satu “Festival of Rights” dengan tema “Kebebasan Beragama”. Pada 10 Disember 2001 Majlis Peguam menganjurkan forum “Kebebasan Beragama” dan menerbitkan artikel dalam jurnal Insaf.

    5. ) 17 Mac 2003 bengkel mengenai keperluan kewujudannya telah diadakan. Kewujudannya gagal apabila persatuan dan NGO Islam serta beberapa pemimpin Islam menarik diri.

    6. ) Januari 2005 deraf undang-undang penubuhan dikemukakan dalam persidangan penubuhan IFC yang dianjurkan oleh yayasan Kristian iaitu Konrad Adeneuer Foundation (KAF).

    Matlamat : 7. ) Meminda beberapa ajaran asas Islam yang akan merosakkan akidah orang Islam dan berpihak kepada kepentingan orang bukan Islam.

    Implikasinya : 1. ) Ia akan membuka ruang Menjadikan undang-undang Allah tunduk kepada norma- norma antarabangsa yang dicipta oleh manusia. 2. ) Orang Islam bebas melakukan apa sahaja hatta murtad. 3. ) IFC bebas dan berhak menentukan status agama orang Islam.

    Yang menariknya pada perhimpunan 10 November 2007, gerakan yang bertopengkan parti politik ini berjaya mengheret bersama Presiden Pas Ustaz Abdul Hadi Awang termasuklah Anwar Ibrahim. Yang menjadi persoalan sekarang adakah Pas dan PKR terlibat sama dalam gerakan ini. Adakah Ustaz Abdul Hadi, Anwar Ibrahim dan Raja Petra Kamaruddin sanggup menjadi pengkhianat kepada umat Islam Malaysia. Banyak persoalan yang timbul semasa perhimpunan itu diadakan yang perlu difikirkan oleh ahli-ahli Pas dan PKR. Antaranya adalah:

    1. ) Kerjasama pembangkang PAS, PKR, dan DAP bersama Bar Counsil perlu dipersoalkan. Apakah niat kumpulan bar counsil terlibat sehingga sanggup menyediakan pasukan peguam dibawah pimpinan Sivarasa Rasiah yang melindungi pesalah demonstrasi haram yg ditangkap. 2. ) Gabungan parti pembangkang dengan kumpulan anti Islam seperti IFC ( Interfait Commision ) perlu dipersoalkan. IFC telah berjaya memperdayakan PAS dan PKR. 3. ) Pembangkang /penganjur sanggup menjemput Al Jazeera membuat liputan dan menyampaikan fakta dalam perhimpunan itu. 4. ) Kenapa Nik Aziz Mursyidul Am tidak turun berdemonstasi bersama BERSIH? Adakah Nik Aziz telah tahu perhimpunan itu gagal? 5. ) Husam Musa hanya duduk dalam masjid negara. Kenapa tidak berfungsi dengan baik? 6. ) Orang Islam sambut pemimpin DAP Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng di masjid negara. Sejak bila kedua-duanya menjadi Ustaz Pas.

    Mengapakah pemimpin-pemimpin Pas dan ahli-ahlinya berdiam diri mengenai isu tuntutan IFC ini. Dimanakah fatwa-fatwa pemimpin Pas apabila mereka mengetahui yang IFC telah mencabar kewibawaan Agama Islam itu sendiri. Adakah mereka sendiri bersubahat? Bila berdepan dengan UMNO mereka sanggup mereka-reka pelbagai fatwa dengan matlamat untuk menjatuhkan pemerintahan Melayu Islam. Adakah orang-orang Melayu Islam didalam PKR tahu dan sedar akan perkara ini wujud didalam PKR. Adakah semua umat Islam diMalaysia sanggup melihat apabila ada bangsa lain mempersenda dan memperkotak-katikkan Agama Islam itu sendiri. Sanggupkah kita berdiam diri untuk melihat masa depan anak cucu kita terumbang-ambing apabila dalang-dalang ini berjaya didalam tuntutan mereka. Yang sedihnya adalah apabila ada antara umat Islam itu menjadi duri didalam daging.

    Jelas dapat dilihat musuh-musuh Islam mengambil kesempatan apabila Islam berjaya dilemahkan. Yang terbaru apabila pihak Gereja Katolik berjaya didalam tuntutan mereka apabila mahkamah membenarkan mereka untuk membuat semakan kehakiman terhadap larangan menggunakan kalimah “ Allah ” dalam penerbitan mingguan Herald – The Catholic Weekly. Hakim Lau Bee Lan juga membenarkan gereja tersebut untuk membuat semakan untuk peristiharan penggunaan kalimah “ Allah ” dalam penerbitan mereka dan tuntutan bahawa kalimah Allah tidak eksklusif kapada agama Islam.

    Bayangkan sejak kita lahir kita diajar menyebut dan mengenali Allah Taala dengan lebih dekat, tiba-tiba ada pula agama lain mahu menggunakan nama yang sama dengan Agama Islam. Tak ke janggal nama nya. Tidak ke pihak gereja katolik tahu yang Agama Islam adalah ugama rasmi Malaysia sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan. Tidak ke tuntutan mereka mengguris perasaan umat Islam di Malaysia. Mengapa umat Islam Malaysia berdiam diri apabila Islam dihina sedemikian rupa dengan mempermain-mainkan nama “ Allah “, Tuhan yang maha esa. Dimanakah anda pejuang-pejuang Islam tidak kira dari parti politik mana pun. Tidak kira apapun tuntutan mereka samada IFC ataupun pihak gereja katolik demi memastikan kedaulatan Islam itu utuh ditanah air kita, sama-sama lah kita bersatu menentang apa jua bentuk penindasan terhadap Agama Islam yang maha mulia ini.

    June 5, 2008 6:35 PM

    Disamping memperjuangkan perjuangan POLITIK saya tidak nampak KESUNGUHAN PAS memperjuangankan Ajaran ISLAM untuk mematahkan desakan dan cabaran kafir depada AJARAN ISLAM..

  9. assalamualaikum…
    nie bukan pasal antatuya..pasal pekerja harakah apakah pas munafik menperjuangkan nasib rakyat apabila gaji pekerja harakah terlalu sedikit..untuk sara hidup….
    kerana perkara macam nie bole mejejaskan nama baik parti pas itu sendiri…

  10. Shahrul Haziq Abd Rahman
    Shah Alam, Selangor
    eMail : airmataselangor@gmail.com

    25 Jun 2008

    Kepada

    YB Datuk Dr. Hassan Ali
    PENGERUSI J/KUASA TETAP HAL EHWAL ISLAM,
    ADAT MELAYU, INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN AWAM
    PEJABAT AHLI MAJLIS MESYUARAT
    KERAJAAN NEGERI SELANGOR,
    TINGKAT 2, BANGUNAN SSAAS,
    40503 SHAH ALAM
    eMail : HASANALI@SELANGOR.GOV.MY

    YB Datuk Dr ;

    SURAT TERBUKA BUAT YB. DATUK DR. HASSAN ALI.

    Salam buat YB Datuk Dr. diharap dalam lindungan Allah di pelihara semangat juang yang tinggi.

    Sejak kebekangan ini ada banyak desas desus yang kedengaran berkaitan nama YB Datuk Dr Hassan Ali yang agak kurang enak didengari. Cerita ini mungkin timbul ekoran ketidaksenangan teman – teman BN terhadap sokongan rakyat terhadap kejayaan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim menerajui Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dengan jayanya dan kegusaran mereka jika Kerajaan Pakatan Rakyat benar – benar berjaya dibentuk oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan barisan pimpinan yang PAKATAN yang lain.

    Persoalan ini seolah terawang awang dikalangan penyokong PAKATAN dan rakyat Selangor dan ia amat bahaya jika dibiarkan dan mungkin menjadikanya fitnah yang tidak baik pada sosok YB Datuk Dr. dan masa depan PAKATAN juga. Mungkin YB Datuk Dr. tidak punya ruang dan alasan untuk menjawab khabar angin. Saya rasa kehadiran surat terbuka ini memberikan YB Datuk Dr. ruang untuk menjawab antara khabar angin yang bertiup itu.

    1. soalan pertama benarkah selepas keputusan 8 Mac 2008 diumumkan YB Datuk Dr. Hassan Ali bersungguh – sungguh untuk menempatkan diri sebagai MB Selangor ? Kesungguhan ini sehinggakan YB Datuk Dr. turut mengadakan pertemuan dengan pemuka Umno untuk membincangkan jawatan MB juga beberapa kali naik turun Istana dalam cubaan mempengaruhi DYMM Sultan Selangor ?

    2. Ramai yang mengatakan YB Datuk Dr. Hassan Ali terlibat untuk menghantar maklumat beberapa perkara yang YB Datuk Dr. tidak puas hati kepada Ezam Md Nor. Jika tidak secara lansung ia dihantar secara tidak lansung tetapi dalam pengetahuan YB Datuk Dr. Malah selepas berita ini muncul dan beberapa pimpinan bertanya kepada YB Datuk Dr. dan oleh kerana rasa tertekan sekali lagi secara lansung atau tidak lansung tetapi dalam pengetahuan YB Datuk Dr. memaklumkan kepada Ezam betapa YB Datuk Dr. tertekan dan kononya ini boleh dijadikan bukti bahawa PAKATAN berpecah kerana kononya tidak percaya kepada YB Datuk Dr. Benarkah ?

    3. Ada yang mengatakan bahawa YB Datuk Dr. tidak bersama dengan dengan Kerajaan Selangor dalam cubaan menyelesaikan isu air. YB Datuk Dr. sering mengatakan bahawa YB Datuk Dr. tidak mengetahui apa-apa tentang air Selangor dan diketepikan dalam hal menyelesaikan pemberian air percuma. Malah YB Datuk Dr. turut memaklumkan kepada beberapa pimpinan PAS bahawa betapa kerajaan negeri mengenepikan dan tidak menghormati PAS dalam banyak keputusan. Namun mengikut maklumat yang diperolehi, Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), anak syarikat Kerajaan Negeri yang memainkan peranan penting menyelamatkan maruah PAKATAN dalam isu air telah sekurang kurangnya dua kali mengadakan pembentangan mengenai isu air ini kepada exco Kerajaan Negeri Selangor, malah berdasarkan maklumat kami ada perkara yang YB Datuk Dr. bangkitkan jelas kelihatan memihak kepada Puncak Niaga (Tan Sri Rozali Ismail).

    4. Malah dalam isu air ini juga dilaporkan ada pertemuan YB Datuk Dr. adakan dengan Tan Sri Rozali Ismail atau pihaknya tanpa pengetahuan Kerajaan Negeri. Benarkah ?

    Tidakkah YB Datuk Dr. tahu betapa Tan Sri Rozali ini ialah agen kapitalis Bn, yang mengaut keuntungan dari dasar penswastaan yang menzalimi rakyat. Dia merupakan kawan rapat malah ada yang mengakatan dia ialah proksi Senator Muhammad Muhd Taib. Dia juga ialah penipu besar yang telah memperdayakan peneroka Sungai Buaya yang sehingga kini kes tanah penduduk Sungai Buaya terbiar tanpa penyelesaian.?

    Harap YB Datuk Dr. dapat menjelaskan beberapa perkara yang dinyatakan diatas. Saya amat mengharapkan bahawa khabar – khabar angin ini merupakan khabar palsu dan tidak punya asas. Namun saya menulis surat ini memohon penjelasan apabila setelah saya sendiri siasat terdapat sedikit keraguan untuk menafikan kesemuanya terus.

    Kemungkinan penafian sumpah atas nama Allah dan kenyataan YB Datuk Dr. bahawa YB Datuk Dr. juga berikrar untuk terus bersama dengan aspirasi PAKATAN dalam merialisasikan kerajaan PAKATAN yang benar mampu berkhidmat untuk rakyat Selangor dan mungkin PAKATAN peringkat pusat jika perancangan pengambil alihan diizinNya.

    Akhirnya janganlah YB Datuk mengaanggap saya menyerang peribadi tetapi ini ialah cetusan kegusaran saya yang setiap hari dihentam persoalan dari kawan – kawan yang selama ini saya kempen habis habisan. Selepas ini saya juga ingin meminta penjelasan daripada YB Teresa Kok kerana timbul desas desus bahawa beliau ada ‘mendesak’ sebuah syarikat kenalanya untuk mendapat hak membekalkan meter air kepada rakyat Selangor jika siasatan lanjut saya mendapati ada keraguan untuk menafikan sepenuhnya khabar angin itu.

    Sekian dan salam perjuangan.

  11. Saya tidak mahu komen pasal Rosmah, Najib, KJ , Pak Lah dan Altantuya. Saya rasa RPK memang ada bukti kalau tidak masakan dia berani bermain api dengan kepimpinan negara.

    ———————————–

    Saya nak bercakap pasal Ezam.
    Saya rasa dia cukup munafik. Sanggup bersama perasuah-perasuah untuk merosakkan PR Selangor. kalau dia ikhlas kenapa dia tak masuk PAS.?. Dari dulu memang hatinya tidak lupa pada umno dan dia sengaja mencari alasan palsu untuk menghalalkan dia kembali kepada umno. Kini belangnya jelas. Memang sudah jadi belaci umno.
    Awas PAS, tunggu dia akan menyerang PAS pulak satu hari nanti apabila sudah puas PKR difitnah. Kempinan PAS pun mungkin tidak terlepas dengan permainan si munafik ini. Berhati-hati dengan dia ini. Sudah jelas di pihak mana dia sekarang dan kenapa harus kita merapati dia. Dia sanggup menjilat ludah sendiri. Bersokongkol dengan pengkhainat rakyat demi mengejar cita-cita politik dia. Pasti di Sanglang nanti dia akan menyerang PAS. AWAS PAS jauhkan diri dari si munafik ini.

  12. POLIS MALAYSIA MEMANG KURANG AJAR… HANYA BERANI DENGAN BANGSA SENDIRI JER… BILA PULAU BATU PUTIH TERLEPAS TAK PUN DIPERTAHANKAN… MEMANG DI DALAM AKEDEMI POLIS MEREKA DIDIDIK SEPERTI ISRAEL DAN BANGSA MANUSIA YANG TAK BERTAMADUN.. HAIWAN PUN LEBIH BAIK DARI MEREKA.. ITULAH YANG DIAGUNGKAN OLEH RAKYAT MALAYSIA TAK KIRA YANG KAYA-MEMANGLAH KESUKAAN BAGI MEREKA DAN YANG MISKIN PULA DAHLAH MISKIN MASIH TIDAK SEDAR DENGAN SEGALA BENTUK MACAM KEMUNGKARAN YANG BERLAKU.. MEREKA INGAT DENGAN KESENANGAN DAN KEBAHAGIAN YANG MEREKA ADA SEKARANG MEREKA ADALAH UMAT YANG TERPILIH.. ADAKAH JAMINAN UNTUK MENDAPAT KEREDHAAN DARI MAHA PENCIPTA… APA PUN REALITI NYA DAN HAKIKATNYA SEBAGAI MANUSIA YANG DICIPTA OLEH TUHAN ADALAH UNTUK BERJUANG UNTUK AGAMA… MEMPERTAHANKAN AGAMA DAN MARUAH DIRI, BERKASIH SAYANG SESAMA MANUSIA… HIDUP YANG LEBIH BERTAMADUN… UNTUK ITU TAK PERLULAH DIBANGGA DENGAN PANGKAT, AGUNG, MENTERI, DATO ATAU APA2 PUN SEKIRANYA TIDAK MEMPERTAHANKAN AGAMA… KEHIDUPAN DI MALAYSIA INI PENUH DENGAN UNSUR-UNSUR YANG HARAM… RIBA, PENINDASAN, AGAMA DIJADIKAN BAHAN MAINAN… DAN JANGANLAH RAKYAT MALAYSIA HAIRAN APABILA SEMUA INI BERLAKU… KERANA TUHAN TIDAK PERNAH MENZALIMI UMATNYA MELAINKAN MANUSIA ITU SENDIRI YANG MENZALIMI DIRI MEREKA…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: